KIDQ merupakan salah satu program di bawah Masjid Al-Munir (M.A.M) yang memfokuskan kepada pembangunan ilmu, sahsiah dan kemahiran anak-anak serta remaja. Program ini merangkumi pelbagai aktiviti, daripada kelas pengajian IQRO’ dan Al-Quran sehinggalah kepada pengenalan alat muzik tradisional serta aktiviti sukan dan riadah.
Selain itu, KIDQ turut menekankan aspek pemantapan akademik dan pembangunan kemahiran semasa, termasuk program celik IT dan literasi digital. Dengan pendekatan yang holistik, KIDQ berusaha melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak, berkemahiran dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelek.
Program ini sentiasa terbuka kepada kerjasama, sumbangan dan sokongan daripada pelbagai pihak bagi memperkasa pembangunan modal insan dalam komuniti setempat.
Antara aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan:
1) Sukan Futsal - April/Mei
2) Sukan Dart - April/Mei
3) Tilawah Al-Quran - Mei
4) Program Iktiqah/Qiamulail - Jun
5) Latihan Kompang - Berkala
6) Celik IT - (Dalam perancangan)
7) Pemantapan kesedaran kebersihan diri dan alam sekiat (Dalam perancangan)