Kampung Darau adalah salah satu kampung yang masih meneruskan acara tahunan yang dikenali sebagai Migang yakni kenduri sekampung ianya yang dikenali sebagai kenduri arwah dalam kalangan penduduk setempat, khususnya dikalangan etnik Bajau Samah. Lazimnya ia akan diadakan menjelang bulan Ramadhan. Acara ini diadakan di Masjid Al-Munir, di mana penduduk kampung akan menghantar dulang yang mengandungi pelbagai jenis makanan untuk dikongsi bersama.